Baru baru ni dalam fb banyak pulak update pasal mihun sup chinese style ni..mcm mcm cara...so saya pun screenshot simpan. Si sulong suka dgn mihun sup..so baru ni saya masak untuk dia...yg ni saya dah ubah sikit2..ikut selera masing masing la ye...yg ni simple je..tak perlu tumis-tumis..rebus sahaja..
Resepi:
Sup:
5 ulas bawang putih
1 kiub pati ayam
udang
fishball
sawi bunga
mihun
Cili Kicap:
Cili padi
1sudu kecil Sos ikan
Kicap Cair
Limau nipis
Bawang putih dicincang halus dan di goreng dalam 5 sudu besar minyak masak. Goreng sampai garing kekuningan dan angkat dengan minyak sekali.
Didihkan air....ikutla nak banyak mana..saya buat dalam setengah periuk sederhana..dalam 500ml air.
Masukkan 2 sudu minyak bawang putih dgn bawangnya sekali dalam air mendidih. Masukkan kiub pati ayam. Biarkan mendidih. Masukkan udang dan fishball...last sekali masukkan sawi dan tutup api.
Sebelum tu rasa la masinnya cukup ke tidak. Dah pun siap supnya. Senangkan...
Mihun di celur dengan air panas .Nak makan ambik mihun curahkan supnya..kalau suka boleh tabur daun sup daun bawang dan bawang goreng.Makan dengan cili kicap..sedap..berkali kali tambah...untuk cili kicap tu just potong cili padi masukkan sos ikan kicap cair dan perahan asam limau. saya cuma pakai sehiris je..Anak saya tak makan udang so saya goreng ayam dan carik carikkan ayam tu. Nak makan baru tambah.
Suka Masak Suka Makan Suka Bagi Orang Makan
Wednesday, 9 September 2015
Sambal Udang Petai
Siapa suka makan petai??? saya sebenarnya tak makan pun petai ni..tapi haritu husband pergi memancing bawak balik petai...(errrr..org memancing bawak balik ikan tapi dia bawak balik petai)...so mak kata..masakla petai tu buat sambal bagi dia makan...mula mula nak buat sambal bilis dgn petai..then mak kata buat la sambal udang..sedap sikit...maka saya pun masakla sambal udang petai......resepi kat bawah ye..
1/2 Kilo Udang laut
3 papan petai
2 Sudu besar bawang merah
1/2 Sudu besar bawang putih
1 1/2 Mangkuk Cili Giling
Air asam jawa
Gula,garam dan serbuk perasa.
Tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing. Masukkan cili giling, tumis sampai garing dan pecah minyak...masukkan gula, garam sikit dan serbuk perasa sikit...tumis sampai warna sambal jadi merah gelap....jangan hangus ye...kemudian masukkan udang dan petai...kuatkan sikit api..kacau balik udang dalam 5 minit..slowkan api masukkan air asam jawa...saya masukkan dalam 2 sudu besar..dan biarkan dalam 2 minit..dan siap boleh makan....siapa yg suka lebih sambal lebih bsah boleh tambahkan air...macam saya, saya suka yg pekat-pekat macam ni..yummy...
Sambal udang berlada
Saya suka beli udang..tak kira udang apa pun..masak lemak masak sambal goreng kunyit...org kat rumah pun suka walaupun ada yg alergik...kalau kat rumah semua suka kalau udang masak sambal..baru ni pegi pasar penambang beli udang besar fresh lagi..semalam mak suruh buat sambal..maka semalam dinner dgn sambal udang berlada..yg ni saya masak kering sikit atas permintaan mak....
Bahan-bahan:
2 sudu besar bawang merah (10 biji bwg merah)
1/2 sudu besar bawang putih (5 ulas bwg putih)
(Saya guna bawang yg dah siap kisar)
1 1/2 mangkuk cili giling kalau guna cili kering dalam 20biji
Air asam jawa pekat 1 sudu besar
Gula,garam dan perasa.
Udang 1kg (udang yg saya guna ni udang kertas yg besar)
Tumis bawang merah,bawang putih sampai garing. Masukkan cili giling. Kacau sampai cili tu masak dan pecah minyak..masukkan gula..kacau sampai dia warna merah hitam..masukkan garam dan serbuk perasa...kemudian masukkan udang..kacau balik dalam 5 ke 7 minit...akhir sekali masukkan air asam jawa..dan siap..saya masukkan udang dulu sebab udang akan keluarkan jus bila kita masak..so kita boleh agak byk mana nak letak air asam jawa..kalau siapa yg nak lebihkan sambal boleh tambahkan air sikit..
Dalam resepi ni saya guna cili giling. Sebenarnya saya lebih suka guna cili kering tapi stok takde..kalau cili giling saya hanya gunakan jenama PADI..cili dia mmg asli merah pun cantik..tak macam cili yang lain byk tepung...

![]() |
Cari jenama ni..keluaran bumiputera |
![]() |
Tengok warna dia mmg merah |
Selamat mencuba!!
Tuesday, 8 September 2015
Assalamualaikum
Assalamualaikum...
Mula-mula ingat nak sekalikan dalam blog imanifat.blogspot.my tapi saya create new blog just for my passion in cooking. Yes saya suka masak...dapat pulak husband yang rambang mata bila ke pasar...pelik kan..orang lain rambang mata kalau pergi shopping baju ke barang-barang lain..dia akan jadi rambang mata kalau ke pasar...pantang tengok dia akan beli walaupun kita dah siap bagi listing apa nak beli end up sampai rumah tengok segala macam benda dia beli...nak kata saya suka makan pun..bolehla..tengok org la kan..hehehehe...dalam blog ni saya akan share semua yg saya masak dari yang biasa biasa hingga la ke luar biasa...yg simple yg rumit yg leceh yg pelik pelik pun saya akan share..tak kisahla benda simple simple sekali pun..sbb sharing is caring...so sesiapa yg nak mencuba dan terus mencuba resepi resepi dalam ni..silakan..yg penting masak dari hati ye...bila kita masak dari hati InsyaAllah benda simple pun jadi sedap dan lazat...Enjoy your cooking!!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)